MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN


“Tempat yang paling dibanggakan di dunia
Adalah yang mempunyai penerangan
Dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa….”


            Saya menganjurkan kepada anda untuk menekuni pekerjaan anda dengan benar.Kemudian janganlah anda berpangku tangan kerana bosan,malas dan tunduk pada kelalaian.Bangkitlah dan kemaskan rumah atau perpustakaan peribadi anda.Tunaikanlah tugas anda ,dirikanlah solat,bacalah Al-Quran dan buku2 yang berfaedah,dan dengarkanlah kaset2 yang bermanfaat.Duduklah bersama para tetangga dan teman2 anda.Diskusi kepada mereka tentang hal2 yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.


Pada saat engkau menemui kebahagiaan dan kegembiraan.
Janganlah sekali-kali kamu menyerah pada kekosongan ,
kerana semua itu akan memberimu penderitaan ,kesempitan jiwa
godaan..keraguan,keraguan dan kesuraman jiwa
yang tidak dapat dihilangkan kecuali menyibukkan diri dengan pekerjaan”


            Anda haruslah memperhatikan penampilan anda ,sehingga anda tetap kelihatan bersih dan sentiasa harum didalam rumah,buatlah rumah anda sentiasa kemas dan sambutlah suami anda dengan akhlak yang baik,begitu juga pada anak2 anda ,kaum kerabat anda …senyumlah pada mereka.


Aku peringatkan agar engkau ‘menjauhi perbuatan maksiat,kerana ia adalah penyebab kesedihan.Khususnya perbuatan maksiat banyak dilakukan oleh kaum wanita ,seperti melihat sesuatu yang diharamkan , mempamerkan kecantikan ,berkhalwat dengan orang asing(bukan mahram), melaknat ,mencaci dan mengumpat,atau mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui kebaikannya..